Kata-kata yang diuntai ibarat tapak rumah.
Ia ada selagi rumah itu ada.
Ia ada hatta manusia itu tiada.
Ia ada selagi rumah itu dipelihara, rumah itu dijenguk sentiasa. Oleh generasi-generasi yang ada.
Kisah kata-kata ini kebanyakkannya adalah kisah saya, kisah hidup, kisah hati, kisah dunia. Lalu, saya kemudikan ia dengan baik-baik agar yang membaca akan memperolehi kebaikan - jika ada.
Jika saya mati, kata-kata saya ini sahajalah yang tinggal. Kata-kata ini akan menjadi ingatan bahawa ada seseorang insan ini yang pernah hidup di muka dunia.
Manusia itu akan dilupai, begitu juga dengan saya suatu hari nanti.
Kata-kata ini pula, moga ia mengingatkan saya kepada kalian sewaktu saya masih ada menghirup udara.
~Jamal Ali, 1 Rabiulawal 1433, 25 Januari 2012~
4 ulasan:
puitis sungguh, tapi dengan makna tersurat dan tersirat. betul setiap tulisan biar penuh makna dan nasihat agar jadi saham bila kita dah tiada nanti.
@Ejan
Benar itu saudara Ejan. Umurnya lebih lama daripada kita. Jadi, kita tumbuhkan ia baik-baik. Moga semasa ia berbuah kelak - dan waktu itu kita sudah tiada - moga buah itu manis dinikmati oleh orang lain.
Semoga kata-kata yang ternukil menjadi saham yang tidak akan putus walau bercerai jasad daripada badan.
@Ila Husna
Moga-moga ia menjadi saham yang baik bukan sebaliknya. Amin.
Catat Ulasan