![]() |
Rintik-rintik Hanya Singgah. Kredit |
Rintik-rintik Hanya Singgah adalah kisah seorang pemuda - Rifqi Sabran namanya, seorang mahasiswa.
Dalam kehidupannya di universiti, Rifqi Sabran menghadapi kesulitan dalam pembelajaran. Musibah itu tampak merundum semangat dan moralnya. Dia hampir putus asa. Rifqi Sabran hampir bertindak di luar batasan.
Namun, Tuhan itu tidak sesekali membiar hamba-Nya berseorangan. Seorang pemuda yang tak dikenali - berambut serba putih - datang tak diduga. Pemuda itu adalah takdir, dan Rifqi Sabran diberi peluang. Satu nasihat dikirim oleh Tuhan. Kerana Dia sayang.
Rifqi Sabran disedarkan bahawa penawar itu ada pada kehidupannya. Hanya dia yang mampu menyembuhkan dirinya.
"Temuilah tujuh nan tiga dalam bertujuh masa. Tujuh anggota, tujuh sifat, tujuh manusianya. Dan semua tujuh akan pulangnya pada nan satu." Itu pesan pemuda tak bernama.
Lalu, Rifqi Sabran mula berkembara dalam kehidupan. Kehidupan biasa, tapi isinya penuh makna. Satu demi satu jawapan bertemu dan ditemu. Saling berkaitan, ada siratan. Kisah sahabat. Kisah di tengah malam, dalam sunyi, balik renyai hujan, bawah sinar lampu jalan. Kembara mimpi. Kembara lampau. Kisah bila abah pulang. Setiap satu mendatang dengan maksud tersendiri.
Semua kisah adalah hujan rintik-rintik. Ia adalah kisah hati. Kisah janji.
Pada penghujung hari ketujuh, Rifqi Sabran telah kembali untuk mendongak. Di tepi tasik, berhampiran masjid bercitra putih - tempat pertemuan permulaan kisah - dua insan tersebut kembali bertemu. Di situ, misteri segalanya perlahan-lahan terungkai.
Tuhan tak sesekali membiar ia sebegitu. Begitulah hidup kita.
-Rintik-rintik Hanya Singgah bukan kisah duka dan luka pada hujan. Ia kisah gembira dan syukur. Bak rintik-rintik yang turun, ia hanya sekejap.
Novel ini sudah boleh dibeli di sini.
8 ulasan:
rintik2 hujan mungkin akan menghadirkan pelangi
@tehr
Itulah penyeri hati. =)
Tahniah saudara Jamal.
@Tetamu Istimewa
Terima kasih tuan. Ini baru langkah pertama.
alhamdulillah
akhirnya... dah lama mesej yang ada di blog UJ... baru perasan...
bagi alamat email nanti UJ bagi alamat ...... tak sabar rasanya nak khatamkan...
kalau nak suruh bagi envelope pun tak apa jugak... takut menyusahkan nanti...
tahniah sekali lagi...
wassalam
@UJ
Tidak mengapa UJ. InsyaAllah saya akan cuba untuk segerakan penghantarannya. ^_^
Alhamdulilah.... diketemukan dengan blog saudara. Mungkin ada yang mampu saya pelajari di sini. Salam perkenalan.
@CETUSAN SEIKHLAS RASA
Terima kasih. Semoga ada kebaikan yang saya sediakan di sini.
Catat Ulasan