Khamis, 14 Jun 2012

Tuhan Tak Pernah Meminggir Sesiapa


Sekarang ini ada berlaku sesuatu yang genting. Masalahnya membuat keputusan itu terbahagi-bahagi.

Namun, ada tiga perkara penting yang perlu menjadi ingatan kita. Untuk terus ke depan.

Satu, setiap perkara yang berlaku adalah takdir. Ia adalah pilihan Allah untuk kita, pilihan yang terbaik. Semua jalan yang ditentukan-Nya kepada kita adalah yang terbaik.

"...boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya." Surah al-Baqarah (2:216)

Cuma kita sahaja yang memilih untuk menjadikannya tidak baik.

Dalam setiap takdir Allah itu, kita perlu berfikir lebih dalam lagi. Jangan hanya bermain kocak di permukaan air, tapi selamlah lagi tangan hingga ke dasar. Tidak Tuhan menjadikan pilihan-Nya ini sebagai sesuatu yang tak punya makna - sesuatu tak berguna dan bererti. Yang keduanya, sebeginilah - ada hikmah yang tak ternilai dan dijangka di balik kisah yang berlaku. Yakinlah, Tuhan tak pernah meminggir kita. Setiap kesulitan pasti ada kemudahannya.

"...tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan." Surah Asy-Syarh (94:5)

Tiga, seperti yang sudah dipetik dahulu - Tuhan tak pernah meminggir sesiapa - bila ada orang yang menolak kita, akan ada orang yang akan menarik kita semula. Ini adalah aturan Tuhan. Buat baik dibalas baik, buat nista dibalas juga dengan nista.

Inilah hidup kita.

-Diari Intern 3: Menghadapi Insan-insan-
Jangan susah hati
 

2 ulasan:

Hariz Khair Ad-Deen berkata...

Betul3.. tapi realitinya, tak ramai yg benar2 meyakini.. (cermin diri dhulu)

Semoga urusan Jamal Ali sentiasa dipermudahkan Yang Maha Memerhati insyaAllah... jzkk ats nasihat2 nta yg trus-mnerus ni :)

Jamal Ali berkata...

@HKA

Sama-samalah jua pada kita ini ya akhi.

Semoga urusan HKA dipermudahkan jua oleh Azza wa Jalla senantiasa.