Selasa, 5 Jun 2012

Bila Kita Jadi Tak Suka


Kata orang kalau kita tidak suka akan sesuatu perkara lalu janganlah diteruskan lagi.

Namun, selalu menjadi keadaan, perkara yang tidak disukai itu diteruskan juga. Kerana terpaksa jawapannya. Mahu tidak mahu, suka atau tidak, dilakukan juga oleh kita.

Ada juga perkara yang tidak disukakan itu berlaku pada masa pertama-tama kita bertemu. Ragam manusia menjadi sebab, perasaan bimbang serta tidak tahu menambah keliru. Lalu, hati kita berkata benci. Kerana bimbang dan takut pada yang masih tak pasti, masih tak wujud. Yang tiada ketahuan pada kebiasaan kita.

Semua takdir Tuhan pada kita adalah yang terbaik. Ada hikmah yang dijanji pada yang menyedari.
Buat waktu ini, mungkin kita merasa tidak suka. Tidak mengapa, serahkan semua pada Tuhan. Kita merancang dan Dia, lebih daripada menentukan. Dia tahu mana yang baik untuk ciptaan-Nya.

Hadapi hari-hari mendatang dengan hati yang baik. Jangan dilayan hati nan rusuh kerana tidak suka. Pandang di langit, tetapkan hari demi hari jangan jadi sama.

Pada benda yang kita tak suka, kita meniti hati-hati dan baik-baik. Pasti, ada ganjaran daripada Tuhan yang memerhati.

-Diari Intern 1:Menjelang waktu pulang-
Moga esok akan jadi lebih baik

4 ulasan:

tehr berkata...

tidak semua yang kita suka itu yang terbaik untuk kita

Hariz Khair Ad-Deen berkata...

Dah menjadi lumrah, bila hidup di atas muka bumi ini, pasti akan ada shj benda yang kita tak suka. Kalau semua perkara kita suka, dah tak dipanggil dunia, tapi syurga. :) Apa yg penting kita berikan yg terbaik dalam apa jua yg kita usahakan.

Selamat berintern ya akh! Jgn sibuk men2 fb kat ofis ye... hehe

Jamal Ali berkata...

@tehr

Tidak dapat dinafikan oleh kita.

Jamal Ali berkata...

@HKA

Betul kata enta itu.

Kena hadapinya dengan sabar. Walau tak tahu masa depan bagaimana, walau hati sentiasa gundah gelora, ia ada hikmah untuk difikirkan oleh kita.

p/s: Facebook di sini tak boleh buka akh. Sungguh ajaib di sini jikalau tiba-tiba boleh dibuka. Semoga 'intern' enta juga baik-baik belaka.