Rabu, 6 Oktober 2010

[Pantun] Jangan Merokok! (Khas Untuk Yang Makan 'CILI' Itu!)


Pantun Jangan Merokok!

(Khas untuk yang makan 'CILI' itu!)

 
Katakan Tak Nak! 


Ini satu nasihat hamba,
Buat perokok yang di luar sana,
Jangan diteruskan budaya bahaya,
Rokok bawa kesan bahana.

Sekali kena payah untuk berhenti,
Dari batang-batang ke kotak-kotak,
Banyak duit dibazirkan membeli,
Sampai kepala pun jadi botak.

Wahai perokok dengarlah ini,
Janganlah jangan cukuplah dan henti
Ingatlah insan di kanan dan kiri,
Kalau tak ingat nyawa sendiri.


Untuk berhenti masa masih ada,
Selagi anda masih sihat sejahtera,
Bila dah terlantar menyesal tak guna,
Walau darah jadi air mata.

Kepada perokok yang berhenti cuba,
Banyak jalannya jika berusaha,
Jika hendak pastinya ya,
Kalau tidak banyak alasannya.

Buat insan yang belum cuba,
Usah mula untuk tahu dan rasa,
Bak kata hamba di atas tadi,
Sekali kena payah untuk berhenti.

Akhir kalam dengarlah kata,
Rokok ini cukup bahaya,
Tiada langsung faedahnya mencuba,
Taruhannya besar yakni nyawa
 

Ingin mencuba? USAH!!! 

Janganlah jangan cuba mencuba, 
Hatta hisap walau sesekali, 
Jika hendak terpulanglah jua, 
Tepuk dada tanya hati. 

Mampukah untuk menghadapi? 
Bahana di akhir setiap hembusan?

Terkenang pula peristiwa petang tadi seorang pemuda yang hampir sebaya membeli satu KARTON rokok di kedai runcit Rahmath di Taman Maju! Untuk siapa tu bang ooiii? Tak cukupkah dengan gambar yang melekat di kotak rokok tu?
Bak kata peribahasa Inggeris;

"Satu gambar itu nilainya seribu perkataan."

Fikir-fikirkanlah.
Tepuk dada tanya hati...

Sumber yang boleh dirujuk:
http://mazha-2010.blogspot.com/2010/10/merokok-dan-isunya.html

4 ulasan:

Amin Baek berkata...

rokok membawa pada macam macam masalah..

kenaikan harga rokok juga,(70sen je),tidak begitu efektif..

yang pentingnya,dalam hati..

Ibnu Jamaluddin berkata...

Tiada yang lain melainkan...

betul, betul, betul...

Tanpa Nama berkata...

Rokok itu enaaak,, hahaha

Jamal Ali berkata...

Enak itu mungkin. Sakit jantung apatah lagi teramat mungkin.