antologi.dunia: [Puisi] Belasungkawa Untuk Yang Hidup (I) dan (II) [Ulang Tayang Kedepan]

Rabu, 27 Oktober 2010

[Puisi] Belasungkawa Untuk Yang Hidup (I) dan (II) [Ulang Tayang Kedepan]


Puisi ini saya dedikasikan untuk sahabat-sahabat yang kehilangan insan yang tersayang.
Moga roh mereka dicucuri rahmat dan dimasukkan ke dalam golongan yang beriman.

Al-Fatihah buat ayahanda tercinta bagi Muhammad Zaid Bin Salman
(30 Julai 2010)

Al-Fatihah buat kekanda tercinta Ahmad Hafizi
(minggu ke-3 bulan Oktober 2010, maaf temanmu ini tidak mengetahui tarikh sebenar)

Al-Fatihah buat pamanku yang tercinta
Jaafar bin Mohamad Razi
(2002)

Al-Fatihah buat ayahanda sang wirawati Miss_purplish89
(2 Februari 1995)

Al-Fatihah buat sekalian saudara-saudaraku seakidah yang telah pergi menemui Tuhan..

Salamku padamu wahai yang pergi, moga kau menemui Tuhan dalam kesucian dan kesejahteraan.

Belasungkawa Untuk Yang Hidup (I)

(i)
Takziah,
Untuk yang hidup,
Asbab,
Hidup itu insyaAllah,
Mati itu pasti.


(ii)
Takziah,
Pada kehidupan,
Sebab,
Allah masih hendak menguji,
Amal kita masih tak banyak.


(iii)
Takziah,
Pada sesiapa yang hidup,
Yang pergi itu sudah pasti,
Ada hikmah untuk pergi,
Bukti Tuhan itu menyayangi.


(iv)
Takziah,
Kepada yang masih hidup,
Yang hidup pasti akan pergi,
Yang pergi pula bukan sebarangan pergi,
Takkan dia pergi tanpa kasih ya Rabbi.


(v)
Takziah,
Pada yang hidup,
Kita tak tentu lagi,
Bila waktu berjumpa Illahi,
Apakah kita sudah sedia untuk pergi?



Belasungkawa Untuk Yang Hidup (II)

Yang pergi itu adalah bukti,
Kasih Illahi pada dirinya,
Tanpa dia pergi membawa bekal,
Amal mulia dan juga CINTA Illahi...

Dia pergi bersama CINTA,
Mengiringinya pergi adalah KASIH,
Allah takkan biarkan hambanya sendirian,
Bukankah Allah itu Maha PENGASIH.

Belasungkawa untukmu yang masih hidup,
Dan salam kepada yang pergi,
Tuhan itu menjadi saksi,
Pada hambanya untuk ke Firdausi.

Bersangka baiklah pada Tuhanmu nescaya Dia akan bersangka baik pada kamu.
 
Jangan bersedih sendirian duhai sobatku,
Jika kau bersedih bawalah aku turut dalam tangisanmu,
Kamu adalah aku, 
Dan aku adalah kamu,
Jangan bersedih sendirian,
Bukankah kau adalah saudaraku,
Jika tiada orang orang sudi bersamamu saat kau bersedih,
Aku sudi bersamamu... Aku sudi bersamamu duhai sahabatku...

*****

Seorang sahabat...
Di bumi Tuhan....
31 Julai 2010 Masihi ~ 19 Syaaban 1431 Hijrah
3:22 P.M.

6 ulasan:

zulkbo berkata...

salam..
takziah buat rakan anda
setiap yang hidup pasti
akan merasai mati..masa
kita bila pulak?
Al-Fatihah...

Jamal Ali berkata...

Kepada zulkbo:

Benar ya sahabat.
Kita pun tak tahu masa kita akan pergi...
Moga kita bersedia ya sahabat...

miss_purplish89 berkata...

al fatihah jugak buat arwah papa ana.. :)

2nd February 1995..

yang hidup pasti akan mati..
bersediakah kita?

Jamal Ali berkata...

Kepada miss_purplish89:

Benar ya ukhti, kematian itu pasti dan hidup itu insyaAllah...

Al-Fatihah, moga roh beliau dicucuri rahmat dan diletakkan bersama orang yang beriman...

MF berkata...

mahu mati dalam keimanan..

tp, xtahu nnt bgaimana diri tika saat itu.. =(


miss purplish: Al-Fatihah~

Jamal Ali berkata...

Kepada SOA:

Hanya berserah kepada Ilahi moga diri nanti begitu, Amin...