antologi.dunia: Kabus di Pagi Hari

Khamis, 1 November 2012

Kabus di Pagi Hari




Kisah zaman penjajahan Jepun, A. Samad Said membawa saya bernostalgia dengan suatu zaman yang berperlahan-lahan. Masa yang penuh dengan kancah, dengan gusar dan kebimbangan - ditukar penulisnya - menjadi sebuah zaman yang penuh dengan harapan dan semangat daripada sisi watak utama, anak kecil Fauzi. Sebuah zaman yang menderita menjadi sebuah zaman yang cukup tenteram (bagi saya).

Fauzi, anak kecil sepuluh tahun, semangatnya lebih daripada orang dewasa. Malah orang dewasa sekalipun tak dapat menandingi semangat anak kecil ini.

Jika Fauzi benar-benar hidup di zaman realiti, pastinya Fauzi membuat saya cemburu. Apatah lagi A. Samad Said, beliau yang telah menghidupkan Fauzi dalam karyanya membuat saya lebih-lebih cemburu.

Saya menjadi hidup dalam Antara Kabus Ke Kabus, dan Antara Kabus Ke Kabus juga membuat saya hidup di dunia yang ada.

Walaupun ianya hanya sebuah novel remaja tetapi ianya lebih daripada itu - ianya sebuah novel filosofi yang berhidup dalam kisah anak-anak.

2 ulasan:

Tetamu Istimewa berkata...

Saya pernah mencarinya, namun belum menjumpainya. Hendak juga menjadikannya sebagai koleksi bacaan.

Jamal Ali berkata...

@TI

Kini buku-buku A. Samad Said agak mudah didapati dengan kolaborasi PTS dengan pihak Wira Bukit. Saya sudah jadi ketagih dengan karya-karya beliau. Dahulu, sentuh buku A. Samad Said pun tak pernah.

Sekarang selepas menghadam Cinta Fansuri dan sesudahnya Di Simpang Jalan, jiwa saya semakin rapat dengan 'hati' beliau.