antologi.dunia: Resensi: Di Atas Sajadah Cinta

Jumaat, 7 Mei 2010

Resensi: Di Atas Sajadah Cinta



Di Atas Sajadah Cinta

Buku Di Atas Sajadah Cinta adalah himpunan cerpen dan kisah cinta yang mana seperti madah kata di kulit bukunya, kisah-kisah teladan islami, meneguhkan iman dan menenteramkan.

Dikarang oleh penulis terkenal dari negara seberang, Ustaz Habiburrahman El Shirazy, kolektif kisah yang terkandung dalam buku ini diambil daripada kisah-kisah cinta agung terdahulu seperti Kisah Cinta Dari Masjid Taubah serta beberapa cerpen hasil tangannya sendiri seperti Andai Jakarta Seperti Mata Kakak.

Juga buku ini menampilkan pelbagai kisah motivasi dan pengajaran yang sesuai untuk diambil ibrahnya seperti mana Tangis Cinta di Masjid Basrah yang menampilkan mesej penghambaan dalam kisah Imam Hassan Al-Basri yang penuh dengan keinsafan.

 Mengandungi 38 kisah iaitu:
1. Di Atas Sajadah Cinta
2. Buah Cinta Berasas Takwa
3. Kisah Cinta Teladan
4. Syurga di Telapak Kaki Ibu
5. Ketika Derita Mengabadikan Cinta
6. Pencinta Dunia di Zaman Nabi
7. Mukjizat Baginda Nabi
8. Menang Kerana Azan
9. Kisah Cinta Dari Masjid At-Taubah
10. Sedekah Berganda 120 Ribu Kali
11. Ketika Madinah Kemarau
12. Sang Penolong
13. Tubuh Seharum Kasturi
14. Bukti Cinta Kepada Rakyat
15. Hadiah Seratus Sebatan
16. Sepenggal Kisah Cinta Dari Cairo
17. Jalinan Cinta di Lorong Kota Kufah
18. Ya Allah, Butakan Matanya
19. Imam Ahmad, Orang Tua dan Anjing
20. Kecerdikan Panglima Islam
21. Prahara di Taman Syurga
22. Kritikan Puteri Imam Ahmad
23. Kesatria Bercadar Hitam
24. Pengorbanan Anak Kecil
25. Semalam Bersama Jibril dan Mikail
26. Taubatnya Wanita Penggoda
27. Keajaiban Basmalah
28. Dashyatnya Berkat Dari Allah
29. Tangis Cinta Dari Masjid Basrah
30. Di Bawah Mizah Ka'bah
31. Ketika Cinta Berbuah Syurga
32. Pesona Jiwa Ulama Sejati
33. Ketika Masjid dan Rumah Pelacuran Roboh
34. Pahala Takut Kepada Allah
35. Nyanyian Cinta
36. Berkat Kesucian Niat dan Cinta
37. Tiga Lelaki Berjiwa Malaikat
38. Andai Jakarta Seperti Mata Kakak

Pengisian kehidupan dunia untuk akhirat, buku ini kebanyakan mengisahkan tentang cinta yang diredhai oleh Allah. Cinta antara dua Adam dan Hawa yang sememangnya fitrah jika berlandaskan kecintaan kepada Allah pasti akan membangkitkan keharmonian, kebahagian dan kesucian dalam cinta itu. Sang suami yang mengasihi dan beramanah dan sang isteri yang redha dan mengerti akan tanggungjawab pasti akan muncul daripada Cinta kepada yang Satu. Bacalah Di Atas Sajadah Cinta, Ketika Derita Mengabadikan Cinta dan Nyanyian Cinta. Anda pasti terpegun dengan kisah cinta mereka.

Bagaiman dengan perihal sahabat sejati, bacalah pula Tiga Lelaki Berjiwa Malaikat yang mengisahkan begitu kuatnya kasih sayang antara tiga orang sahabat, Abu Abdillah, Hamdi dan Usamah di mana mereka sanggup membantu sahabat lain yang susah walaupun saat itu mereka turut dalam kesukaran. Lihatlah pemberian wang Hamdi untuk sahabatnya Abu Abdillah yang dalam kesusahan kembali ke tangannya semula. Begitu juga dalam kisah Ketika Cinta Berbuah Syurga.

Dalam erti kasih sayang anatara adik-beradik dan perjuangan pula, Kesatria Bercadar Hitam menceritakan peristiwa berlatarkan perang di antara tentera muslimin yang diketuai oleh Khalid al-Walid dengan tentera Romawi. Di dalam kisah ini, Khaulah adik kepada Dhirar sanggup turun ke medan perang bertempur dengan tentera Rom setelah mengetahui abangnya Dhirar ditawan oleh pihak musuh, Bacalah dan hayatilah bagaimana hebatnya seorang serikandi Islam dalam perang ini. 

Beliau dilihat sebagai penyelamat tentera Islam di mana ketika itu mereka terdesak mundur disebabkan asakan tentera Romawi. Beliau datang dengan berpakaian dan bertutup wajah hitam, hanya matanya kelihatan seperti seekor helang yang mencari mangsanya. Menghayun pedang kekiri dan kekanan menyebabkan puluhan askar-askar Rom tumbang seperti daun yang gugur. Kehadirannya itu juga membangkitkan semangat tentera Islam untuk terus berjuang. Di akhir perang tersebut Khaulah dan tentera muslimin menang dan dapat membebaskan kembali abangnya, Dhirar.

Pendek kata buku ini adalah tidak rugi untuk kalian sahabat untuk membelinya. Moga-moga teman sekalian dapat memperolehi sesuatu yang berguna dan ibrah kehidupan daripada buku ini.


P/S1: Buku ini milik sahabat ana, Hariz. Jadi ana mengucapkan ribuan terima kasih kepada Hariz kerana sudi meminjam buku ini kepada ana, syukran. Tak terbalas jasamu olehku sahabat, hanya Allah yang dapat membalas budi baikmu. InsyaAllah ana akan beli buku ini di masa depan.

P/S2: Entri ini entri awal-awal, maka resensi masih lagi amatur.
 

20 ulasan:

uj berkata...

ye...cerita-cerita didalamnya semua ada ilmu...bukan cerita semata2...cuba pula..jangan biarkan surau kami roboh..taufiqqirrahman azizy ...novel dia laskar pelangi pun best...selamat membaca

Mesintaip: berkata...

Insya Allah, nak beli nanti.

MF berkata...

Waa.. Dah habes dh baca buku tu. Huhu. Nasib baik bg buku tu kt enta. Klu ana, konfem sparuh pun xmpai lg. hehe

Ok akh, jzkk 4 the resensi. Bca artikel enta ni, temotivated ana utk khatamkanya cepat2.. =)

Jamal Ali berkata...

kepada uNcLeJoE:

Benar-benar, ia bukan kisah untuk hiburan minda semata tapi ia juga penyejuk kepada hati dan iman. Banyak pengajaran yang boleh diambil.

InsyaAllah akan ana beli novel Laskar Pelangi itu, sekarang tak berkesampatan atas beberapa kekangan. =)

Jamal Ali berkata...

Kepada Mesintaip:

InsyaAllah ana pun nak beli, buku ini milik teman, kepingin untuk memilikinya setelah membaca. =)

Jamal Ali berkata...

Kepada sLave_oF_Almighty:

Ana pun baru je habis baca buku itu. Sebelum ini baca langkau-langkau. Sekarang ini cuba baca dengan intensif pula.

p/s: Terima kasih kerana bagi pinjam.Lepas ini giliran enta untuk habiskannya pula. =)

uj berkata...

owhhh SOA ngn IJ....kenalan....selamat berukhuwwah...indahnya hidup kalau ada ukhuwwah sebegini...syabasss ekkk anak-anak buah UJ..hehehe

Rafi Harumin berkata...

UJ: Nak audit sikit komen tu. maaf ya, Laskar Pelangi karya Andrea Hirata.. (hehehe)

Ya akhi.. buku Kang Abik yang ini saya selalu jumpa kalau masuk kedai buku. tapi masih tak berkesempatan untuk memilikinya.. Insya Allah anak akan beli..

miss_purplish89 berkata...

salam..
kekangan masa menghalang untuk membaca..
nak beli buku baru pun x buleh lagi, sbb buku denyut kasih medik yang latest dibeli pun belum habis dibaca lagi..

teringat pesanan teman,
orang yang beli buku banyak2 tapi x bace adalah orang yang pura2 cintakan ilmu..

start dari hari kene sound, terus beli buku setiap kali dah habis bace satu2.. hehe..

Jamal Ali berkata...

Kepada uNcLeJoE:

Terima kasih ye...
Kami sebenarnya satu universiti, tinggal satu blok lagi, cuma sLave_oF_Almighty a.k.a. Hariz dia duduk di aras bawah ana pula aras atas. =)

Jamal Ali berkata...

Kepada ashrafi:

Terima kasih kerana membetulkan fakta. Ana pun sebenarnya memilih buku, tak semua buku ana baca, cerewet sungguh dalam buat pilihan. Kalau ana pergi kedai-kedai buku, berjam-jam ana di situ walaupun hanya untuk memilih satu buku. =)

Jamal Ali berkata...

Kepada miss_purplish:

Sebenarnya ana kurang bersetuju dengan kata-kata teman enti itu (maaf ye).

Cuba kita lihat bukuwan-bukuwan terdahulu (namanya ana lupa) di mana buku-bukunya disimpan penuh beberapa buah rumah dan dia mengakui bahawa dia sememangnya tidak membaca kesemua buku-buku itu. Tapi dia kumpul buku-buku itu walaupun tidak membacanya kerana dia sedar betapa berharganya ilmu.

Ana pun sebenarnya banyak beli buku tapi tak kesemuanya ana sempat baca. Ana beli sebab memikirkan buku-buku itu ada gunanya pada masa depan.

Lagi satu bagi mereka yang berfikir macam ini (maaf ye ini prinsip ana) hanyalah orang yang cemburu pada kita. Mereka cemburu sebab mereka tak dapat jadi seperti kita, suka membaca.

Lagipun orang yang beli banyak buku ini lebih baik daripada orang yang langsung tak pernah beli dan suka baca buku bukan? Sekurang-kurangnya kita ada niat untuk menambah ilmu. =)

p/s: Maaf jika tulisan ana ini buat enti kurang selesa. Maaf. Hu3

MF berkata...

Kepada IJ (hehe, sejak bla jd IJ ni):

Sama-sama. Owh, sila2. Enta bca lah dulu biar abes. Ana pun ada byk lg buku xberbaca. hehe =)

Kepada UJ:

Eh IJ, bru tersedar kita satu blok. hehe, xde la. ;)

UJ, terima kasih..
Benar kta ibnu jamaluddin a.k.a zulkefli yg kami ni satu blok, satu universiti, satu batch. kos je berlainan. =)

ps: sama blok, tetapi berbeza blog.. hehe ^-^

miss_purplish89 berkata...

btul tu akh..
sbb kdg2 bli untuk bacan mase free..
tp tu lah.. bila dh kene sound pura2 cintakan ilmu, terasa jugak la..

hehe.. eh xpe.. mane ade x selesa.. pendapat masing2.. :)

Jamal Ali berkata...

Kepada uNcLeJoE dan sLave_oF_Almighty:

Betul, betul, betul... =D

Jamal Ali berkata...

Kepada miss_purplish89:

Terima ya ukhti kerana memahami.
Sebab apa, ana tak suka jika sebarang tulisan ana menjadi asbab seseorang membenci diri ini kerana berkecil hati.
Kerana mulut badan binasa tak gitu?

Walaupun enti tak rasa apa-apa, inilah cara ana dalam membalas pendapat seseorang yang bertentangan dengan ana. Jaga hatinya moga dia tak terasa hati. Moga dia seronok dan tak risau untuk berrtukar-tukar fikiran dengan ana.

Pasal cemuhan dan 'sound' orang lain itu pedulikan. Yang untung membeli buku adalah kita yang rugi adalah dia. Kita dapat ilmu dia tak dapat apa-apa. Cuma senyumlah sahaja menyahut kritikan dia itu. Sebagai contoh boleh buka link ini, seorang mujahadah ilmu bernama kak mina di Johor Bahru:
http://jomsewabuku.blogspot.com/2010/04/impian-seorang-pencinta-buku.html

miss_purplish89 berkata...

owh xpe.. xde nye berkecil hati..
pendapat kan.. kene professional..
hehe..
yg sound tu adalah kawan baik kepada penulis hebat, faisal tehrani..
heheee..

Jamal Ali berkata...

owww...
Tak sangka ye, lain orang lain fikirannya.

Apapun ana tetap dengan prinsip beli banyak buku ini.
Orang nak kata, katalah... =)

dayang.illayana berkata...

saya memang peminat karya-karya habiburrahman...
karyanya telah menarik minat saya untuk lebih mendalami cinta Allah..
Kini, Di Atas Sajadah Cinta menjadi bahan bacaan saya..
buku yang sangat menarik..

Jamal Ali berkata...

Sememangnya, teruskan ya saudari, teruskan jika ia baik untuk diri... ^_^