Rabu, 5 September 2012

Tahun dan Hari



Saya tak berupaya untuk mencontohi kebaikan yang dilakukan oleh insan lain - sebetul-betulnya sebagaimana yang mereka lakukan. Apa yang mereka lakukan bukan dibuat atas perbuatan tekal dan berhati yang terbina dalam masa sehari.

Sebegitulah, saya yang lagi tak berbuat manakan mampu untuk mencontohi mereka dalam bina tempoh sehari. Untuk mengungguli perbuatan 'hati' bertahun oleh hati yang baru cuba meneguh asas sejemang masa sedetik - jatuh terjelepuk kita di lantai kerana ujian tekalnya.

Membaca dan memikirkan kebaikan mereka dalam mengingati nilai berkehidupan seorang manusia - pada Pencipta, pada Kekasih, pada yang Kasih - membuat saya cukup cemburu mahu mencontohi. Mengingati apa yang mereka ingati adalah perkara yang paling bahagia dan damai.

Ingat Allah, tiada payah menjadi susah. Ingat Kekasih, hati berpalit menjadi bersih. Ingat yang Kasih, hati rusuh menjadi tenteram.

Jadilah sebegitu pada jiwa dan hati, siapa yang tak mahu mencontohi?

Perbuatan bertahun mungkin tak terbanding namun tiada makna untuk saya jadi pasif dan khali. Walaupun sedikit, dikit demi dikit - dilalukan pada hari-hari - saya mahu untuk mencontohi.

Walaupun ia perbuatan berhari - ia akan jadi bertahunan satu masa nanti.

6 ulasan:

Titisan Hujan berkata...

tidak mengapa memncontohi asal istiqomah


insyallah..

Pika pongpong berkata...

Betul, utk 'Transform' setiap apa yg kita lihat, dengan gerak 'siapa' kita buat, dengan 'apa' kita dengar dan segala2nya.. dari 'kenyataan' yg tidak ada bekas kepada Hak Dia memang sukar..

Tapi harus diingat yg kita ini sentiasa 'la hau la wala, tiada daya melainkan dgn Dia' i.Allah, atas kesungguhan yg di tunjukkan, dengan kasih sygnya, Dia akan 'campakkan' cahaya itu dlm hti kita semua.. :)amin

tehr berkata...

yang baik jadikan teladan

Jamal Ali berkata...

@Titisan Hujan

Betul itu.

Jamal Ali berkata...

@Pika pongpong

Cahaya itu mahu digapai kita. Bila diberi pinjam marilah kita kongsikan dengan lain jua - bersama-sama.

'Tiada daya melainkan dengan Dia'. Sungguh, itulah yang paling benar.

Jamal Ali berkata...

@tehr

Moga ia berkekalan.