antologi.dunia: Ke-gembira-an

Khamis, 14 Mac 2013

Ke-gembira-an



Bila kita berduka Tuhan itu datang menggembirakan kita.

Dia gembirakan kita dengan melalui perantaraan hamba-hamba-Nya - dengan dorongan semangat dan ucap terus ke hadapan oleh insan-insan yang dekat dengan kita.

Dia gembirakan dengan cita-cita dalam diri kita. Cita-cita yang terpendam, yang kita lalukan dalam hati suatu ketika dulu, Dia timbulkan semula. Cita-cita yang baik, pastinya akan diingatkan kembali oleh Tuhan.

Itulah. Bagi kita, bila berduka jangan sekali berpaling daripada Azza wa Jalla. Tapi dekatlah dengan dia serapat-rapatnya. Tuhan tak pernah lupa untuk mengingat kita walau sedetik.



4 ulasan:

Unknown berkata...

tuhan memang tidak pernah lupa akan kita

Jamal Ali berkata...

@Titisan Hujan

Tuhan tak pernah lupa sesiapa.

Tanpa Nama berkata...

Sedang membaca buku tulisan saudara. Kagum, anda menulis dengan begitu baik sekali.

Moga sukses selalu! ;)

Nrl

Jamal Ali berkata...

@Nrl

Terima kasih kerana sudi membaca. RRHS masih karya awal, ada banyak silap dan tidak sedap.

InsyaAllah, semoga RRHS memberi sesuatu yang baik. :)