antologi.dunia: Mana Pergi Semangat Yang Dahulunya?

Ahad, 10 Februari 2013

Mana Pergi Semangat Yang Dahulunya?



Cita-cita adalah suatu yang membuat manusia untuk terus tekal berjalan. Walau cita-cita itu bertampak kecil, sekecil-kecilnya ia tetap memberi semangat. Manusia yang tak mempunyai cita-cita ibarat manusia yang berhenti di tengah-tengah persimpangan, tak tahu dan tak mahu untuk memilih laluan yang mana.

Cita-cita yang ditulis di atas kertas adalah suatu yang amat memberi harga kepada jati diri kita, hatta kertas yang sudah lama berpesuk-pesuk harganya tak pernah menjadi nil atau kosong. Bahkan ia juga bukan suatu lelongan, yang harganya ditentukan oleh pembida - sama ada sedikit atau banyak, atau dipandang sepi. Harga cita-cita itu makin berganda selari dengan masa, walau ia suatu cita-cita puluhan tahun lampaunya.Cita-cita di zaman-zaman kecilan, adalah cita-cita yang telah diselaputi emas dan berlian di zaman mendatang.

Cita-cita itulah yang menjadikan kita seorang manusia.

Lalu, kenapa didiamkan ia? Kenapa, dengan semua keistimewaan cita-cita, kita tidak bercita-cita?


2 ulasan:

L.I berkata...

tuan , saya juga diserang dengan masalah yang sama tuan . mungkin hati saya sudah lama tidak diminyak . aduh , karatnya mula menular ke efektor sehingga malas malas membaca .

oh , saya tidak jumpa pula buku tuan . di mana agaknya saya boleh dapatkan buku tuan ?

Jamal Ali berkata...

@L.I.

Tuan L.I., sememangnya kita ini serupa, berada di atas basikal yang sudah berkarat rantainya, yang kini tak sedap untuk dikayuh.

Bukankah perjalanan perlu melaju? Basikal dengan rantai berkarat memang tak melancar kita untuk bergerak laju.

Tampaknya segera dan sekarang, kita perlu menyelongkar stor dan rak mencari minyak, atau segera ke dapur buat mengambil sesudu dua minyak gorengan jika terpaksa.

Biar badan disiram sawang dan tangan berbau lama dengan minyak, sebab ianya perlu. Bila sudah sekali minyak, sekali kayuh, tak akan jadi terhenti dan berhenti - kerana asyik berjatuh rantainya.

Sekali lalu melaju sederas angin begitu. ^_^

p/s: Buku saya itu boleh didapati di rangkaian MPH. Untuk kemudahan, Tuan boleh memesan melalui talian daripada penerbit saya: Pelima Media.

Tuan juga boleh memesan daripada saya. Tetapi saya sudah kehabisan stok buat waktu sekarang. Sekiranya Tuan mahu, tungguan itu adalah perlu. ^_^