antologi.dunia: Rindu Ibu

Rabu, 11 April 2012

Rindu Ibu



Koleksi puisi-puisi menjelang remaja. Kredit

"Sungguh halus dan berseni. Minda terasa dibelai-belai oleh perkataan yang sebenarnya tidaklah 'bombastik' pun, tetapi tenunan perkataan-perkataan Pak Samad merupakan seni bahasa yang mengasyikkan. Juliana Es, Goodreads 

Kumpulan puisi kanak-kanak menjelang remaja karya SN A. Samad Said ini menghimpunkan 101 buah puisi. Sesuai untuk bacaan kanak-kanak dan remaja yang ingin berjinak-jinak dengan puisi. Ia digarap dengan bahasa yang mudah, diksi yang tepat dan akan cepat dihadam oleh khalayaknya.
Menurut beliau, "Dalam dunia kesusasteraan Melayu, saya rasa, puisi kanak-kanak yang mudah, tapi indah, inilah yang terlalu kurang. Tidak saja oleh kerinduan yang saya katakan itu, tapi rasa tangungjawab juga merangsang saya untuk dengan payahnya menyudahkan antologi puisi ini. Saya percaya kanak-kanak memang perlu didedahkan kepada puisi-puisi yang mudah, tapi indah."
"Makanya, di sini saya sempat menyudahkan - dan memilih hanya yang mudah, baik dan indah - 101 buah puisi yang saya senangi, malah sayangi. Hanya sebuah - "Merindu Buku" - yang pernah tersiar, sementara yang lain baru kali pertama diperkenalkan dalam antologi ini. Kerana susunan temanya yang terpilih, bertingkat dan bersukat, maka saya kira antologi puisi ini sesuai untuk pembacaan kanak-kanak menjelang remaja. Petikan kata-kata SN Datuk A. Samad Said di, Ujanailmu

***
Ini buku yang menarik-narik hati saya. Buku ini masih belum disentuh tangan lagi - belum ada. Saya menyimpan hasrat untuk menjadikannya sebahagian daripada diri. Akan saya jadikan koleksi puisi-puisi menjelang remaja ini sebagai buku wajib beli bila saya berkunjung ke pesta buku terbesar di Malaysia kelak pada hujung bulan kelak, insyaAllah.

Bila pandang nostalgia, saya pasti koleksi puisi ini akan menenggelamkan saya lagi dalam keasyikan kenangan yang damai. Saya akan menanti di sini dengan senyum di hati.

5 ulasan:

tehr berkata...

Semoga aku juga akan berkesempatan mendapatkan buku ini
Insya-Allah

Jamal Ali berkata...

@tehr
nsyaAllah tuan.
Moga dengan buku ini kenangan lama bakal bertandang. :)

Unknown berkata...

Karya seorang seniman negara...pasti ramai yang teruja....

Jamal Ali berkata...

@Yas y

Sememangnya. Karya klasik ini pasti mengundang impian pada mereka yang rindu. :)

Tetamu Istimewa berkata...

Salam perkenalan kepada saudara.

Saya juga teringin untuk memiliki buku ini. Insyaallah PBAKL nanti saya akan mencarinya.