antologi.dunia: Kekuatan

Isnin, 8 Julai 2013

Kekuatan



Satu malam; malam yang lepas. Bawa motor. Merentas jarak sejauh ufuk. Seorang diri. Dalam ingatan sendiri; berfikirnya bagaimanapun bukan untuk masa depan sendiri semata.

Saya berfikir tentang orang lain - orang yang saya kenang. Berfikir , tentang kekuatan, inspirasi dan semangat, yang diberikan mereka kepada saya. Orang-orang yang saya dekat - selalu dalam hati (mereka tidak tahu, mereka jarang nampak pada wajah saya) - mereka itulah pembakar sumbu yang menerangi jalan gelita saya. Mereka, dalam senyap, dalam ketidaktahuan mereka sendiri, adalah penguat-penguat saya.

Kenapa saya berfikir lagi perkara yang sama dan selalu saya fikiri; lalu diluah di sini?

Seperti yang lain-lain, tujuannya sama - ianya pengingat yang perlu sering mengingat.

Kadang kala orang yang saya kenang itu akan berubah tingkah dan cara. Dia akan berasa lain. Dia akan berbuat lain. Dan sebab itu saya mungkin akan terasa; satu perkara lompong kerana perkara kebiasaan itu sudah tidak lagi singgah - jadi berbeza. Orang yang saya kenang menjadi lain, lalu saya pun akan terjadi lain.

Fikiran kenangan barangkali akan jadi fikiran wasangka. Mungkin akan jadi membengis - itulah diri yang saya tak mahu.

Biar kenangan asal dan indah itu menjadi terus teguh. Itu adalah pembina kekuatan. Tidak boleh dilupa. Jika lupa maka kita akan jadi orang berbeza. Kita jadi orang pelupa - pada asal, usul dan teman-teman. Kita akan jadi orang yang tak sama dengan dahulu - pengingat asal, usul dan teman-teman (yang itulah adalah sebenarnya kita ini).

Satu malam; malam yang lepas itu saya berfikir. Dalam rentas jauh dan seorang. Berfikir tentang memori asal, pertemuan pertama, saat semangat itu mula bercambah, susah yang membikin kekentalan hati, senang yang dikongsi dalam syukur. Berfikir bahawa hidup perlulah dikongsi.

Fikiran yang sebegitulah yang mengutus terus dan kembali - kekuatan, inspirasi dan semangat - daripada orang yang saya kenang.

Bila mahu berjaya, kita tak boleh jadi pelupa.

6 ulasan:

Pika pongpong berkata...

Teringat ada orang pernah pean kat Pika tentang sangka, katanya -

Sangka-kala bila ia terjadi di akhir zaman kelak, akan jadi pemusnah, dan tapi jika kita nak tahu apa itu sangka kala sekarang, itu lah dia sangka buruk yg kita tiupkan dalam diri hari ini , ia juga akan jadi pemusnah diri kita sekarang.Jadi berhati-hati lah dengan sangka.

Lately, Pika juga ada terbabas dengan sangka- terima kasih atas ingatan.

Pika pongpong berkata...

Oh, BTW banyak kali sudah Pika dapat warning ni setiap kali nak buka full-page kat chrome dan chrome tak benar kita teruskan. Pika boleh sbb guna feedly.

Content from nurul-farehah.blogspot.com, a known malware distributor, has been inserted into this web page. Visiting this page now is very likely to infect your computer with malware.

Jamal Ali berkata...

@Pika pongpong

Entri ini asalnya sebuah realiti yang berlaku kepada saya beberapa hari lepas - tentang sahabat dan orang yang dekat. Benarlah, terbabas dengan sangka membuat yang keruh itu bertambah. Saya memuhasabahkan diri; bahawa bila seorang mengeruhkan keladak dalam air, seorang lagi tidak boleh turut serta - dalam mengeruhkan air juga. Bila teman menjadi api, saya perlu menjadi air. Khuatirnya, bila dua-dua menjadi api, rumah besi pun menjadi lebur. Ianya ingatan yang kembali kepada diri saya.

Mengenai nurul-fatehah.blogspot.com itu adalah url sahabat maya dalam dunia penulisan. Tak sangka ianya dihinggapi malware. Disebabkan teratak beliau tu ditinggalkan buat satu waktu yang lama mungkin ianya lebih terdedah - kepada malware. InsyaAllah, saya akan cuba keluarkannya daripada senarai blog saya.

Pika pongpong berkata...

Setuju.

BTW,tentang Malware tu Pika tak sure apa puncanya, tapi yg pasti sekarang dah boleh buka blog macam biasa.

Tetamu Istimewa berkata...

Saya juga pernah kena. Tapi bila dah dibuang URL yang dinyatakan tu, dah ok semula.

Jamal Ali berkata...

@Pika pongpong

Alhamdulillah. Mungkin 'malware' tu sahaja-sahaja nak menyangkut sebab tuan empunya blog menyepi daripada berbuat entri baru. ^_^

@Tetamu Istimewa
Sebegitulah cikgu. Sedang manusia pun dihinggapi penyakit, apatah lagi benda ciptaan manusia.