Khamis, 6 Disember 2012

Surat



Sebentar tadi saya berbicara mengenai surat dengan teman. Sesudah bicara terlintas di fikiran saya, orang yang ber-nostalgia, beberapa tokoh yang saya kenal sentiasa (ada) mengutus surat kepada sesiapa yang ingatan. Meski zaman sudah masuk dunia atom dan nano, erti bersurat tidak lekang daripada tangan mereka. Surat menjadi alat yang mengerat, lebih daripada emel mahupun telefon. Seribu satu lebih bermakna, fizikal yang menjadi hidup lebih lama.

Melihat erti sebegitu, saya kepingin untuk sama bersurat. Tapi, pada siapa?

Surat yang dihantar pada diri sendiri? Mengingatkan diri tentang sesuatu vintaj mahupun impian? Tentang orang-orang yang dikasihi? Emak, ayah, embah, abang dan adik? Teman-teman yang pernah dipegang tangan?

Saya kepingin sekali.


2 ulasan:

Titisan Hujan berkata...

ingat dulu rasa seronok sangat bila posmen datang rumah hantar surat..
hmmm..rindu pula pada zaman yang dah ditinggalkan.sekarang memang jarang orag mengutus surat

Jamal Ali berkata...

@Titisan Hujan

Kenangan lama tak ternilai rasanya. Bagaimana kalau kita memulakan kembali tradisi ini kembali? Hantar kepada teman-teman, tidak berbalas tidak mengapa, asalnya penerimanya sudi untuk berterima kasih. :)