antologi.dunia: Cerita Kita Adalah Gembira

Isnin, 14 Januari 2013

Cerita Kita Adalah Gembira



Ceritanya - bagi kehidupan saya - masih terus berlangsung dengan pelbagai rona dan citra. Ia tak sama dengan orang lain. Mungkin bagi orang lain kehidupan saya hanya berlapis satu, tiada isi tiada indah pada mata - mereka. Terlalu tidak 'adventurous'. Hanya berkeliling - jumud pada sekeliling nan jauhnya tak hilang bayang sepenggalah.

Namun, saya tetap gembira. Kerana 'jauh'nya itu adalah nikmat dan rahmat - untuk saya mengerti lebih banyak orang yang dekat dan berhampiran.

Buat saudara dan saudari, cerita yang saya perolehi dan mengerti itulah cerita yang ditulis.

6 ulasan:

Hamdi Afandi berkata...

hidup manusia ni mmg berlapis-lapis..

Ibnu Ahmad al-Kurauwi berkata...

Assalamualaikum, Tuan Jamal,
Salam kunjungan. Mohon izin, menyapa di blog kecil nan comel.

Kita juga kecil-kecil sahaja, namun berbesar hati menulis yang comel-comel. Moga dipermudahkan Tuhan.

p/s: Insya-Allah, Rintik-rintik Hanya Singgah dalam koleksi kita nanti - Pesta Buku Kuala Lumpur, mungkin.

al-Haqir
Ibnu Ahmad al-Kurauwi

Jamal Ali berkata...

@ Muhammad Hamdi Afandi

Begitulah manusia, cuma lapis saya adalah nipis. ^_^

Jamal Ali berkata...

@Ibnu Ahmad al-Kurauwi

Waalaikummussalam.

Saya berbesar hati dengan mampiran Ustaz ke mari - hanya teratak kecil yang tak seberapa.

Saya kecil-kecil begitu Ustaz. Kecil-kecil dengan cita-cita menulisnya tak mahu kecil. Mahu juga menulis suatu yang comel-comel, mengikuti Ustaz juga.

Terima kasih atas sokongan Ustaz pada hasil saya. Ianya tak seberapa. Cuma mengumpul patah-patah kata untuk memberi sebutir dua.

Yang pasti, semoga hasil kita ini diterima menjadi amalan sejahtera oleh Tuhan.

tehr berkata...

dalam cuba mengerti aku menulis juga apa yang aku tidak mengerti

sekadar mencari faham

Jamal Ali berkata...

@tehr

Menulis, menambah erti.

Bak A.J.P. Taylor, jika anda mahu mengetahui sesuatu dengan lebih bererti, maka yang terbaik adalah, tulislah buku.