antologi.dunia: Sebegitulah, Rintik-Rintik Hanya Singgah

Sabtu, 15 Disember 2012

Sebegitulah, Rintik-Rintik Hanya Singgah



Novel Rintik-Rintik Hanya Singgah nukilan hamba. Kredit gambar di sini.


"Novel ini membuktikan, tanpa kisah cinta antara dara dan teruna, 
ia lebih bermaruah dengan pesan-pesan berhikmah."
Petikan penerbit hamba, Pelima Media di wall Facebook.


Terima kasih buat sahabat-sahabat yang sudi memiliki. Terima kasih buat Saudari Jamilah dan Saudari Suhada yang sudi berkongsi hati. Terima kasih buat penerbit Pelima Media yang sudi menerima naskhah ini. Terima kasih kepada keluarga dan teman yang sentiasa menyokong daripada belakang. Tanpa kalian semua, siapalah saya selaku seorang insan di bumi Tuhan ini.

Kepada Tuhan segala puji dan syukur.

14 ulasan:

Jamilah Mohd Norddin berkata...

Assalamualaikum.

Menanti kelahiran buku-buku saudara yang seterusnya.

Jamal Ali berkata...

@Jamilah Mohd Norddin

Waalaikummussalam.

InsyaAllah, jika diizinkan Allah akan ada. :)

yaqut hulaif berkata...

Assalamualaikum, saya akan cuba mencari buku nie. Tahniah.

Jamal Ali berkata...

@yaqut hulaif

Waalaikummussalam.

Terima kasih tuan atas sokongannya. Semoga ia bermanfaat. :)

Unknown berkata...

TH sudah baca untuk kali kedua..untuk lebih mamah isinya

Jamal Ali berkata...

@Titisan Hujan

Masuk kali kedua? Alhamdulillah. Semoga naskhah itu dapat memberi suatu kebaikan dalam perjalanan hidup. ^_^

tehr berkata...

tahniah
moga2 aku diberi kesempatan untuk membacanya

Pika pongpong berkata...

"Novel ini membuktikan, tanpa kisah cinta antara dara dan teruna,
ia lebih bermaruah dengan pesan-pesan berhikmah."

Setuju sangat dengan Pelima Media.
Terima kasih sebab akhirnya dapat juga pika baca novel, selepas novel wajib sekolah menengah. hehe.


Untuk buat apa yang ditulis bukan senang. Diuji dengan apa yang kita tulis sendiri, pika pernah rasa. sebab tak kuat, pika akhirnya memilih untuk pesan pada diri sendiri saja (paling lemah).

Doa pika utk Jamal Ali n semua penulis di luar sana, Moga tuhan permudah n beri kekuatan untuk terus berpesan dengan tulisan..

I. Allah, ramai yang memerlukan, dan ramai yang akan dapat manfaat darinya.. :)

Jamal Ali berkata...

@tehr

InsyaAllah cikgu, saya doakannya.

Semoga ia bermanfaat! ^_^

Jamal Ali berkata...

@Pika pongpong

InsyaAllah, selepas ini boleh baca karya-karya yang bakal datang.

Setiap orang ada kelebihan masing-masing, sebegitu juga dengan Pika. Pika memberi pada orang lain ada caranya yang saya tak ketahui. ^_^

Terima kasih atas doanya ya! Saya doakan yang sebegitu juga pada Pika. ^_^

MF berkata...

Subhanallah.. Ana nk like 10x utk kata2 itu.. :)

Bagus akhi..teruskan dgn gaya nta yg tersendiri

SHAHRIZAD SHAFIAN berkata...

Tahniah Tuan Muda atas kejayaan ini. Kemanisan usaha yang berjamu sehingga tercintuh di bucu atmanya. Sebarkanlah CINTA selagi hayat dikandung nyawa.

Jazakallah khairun alaik.

Ngajad
Salam dari langit biru

Jamal Ali berkata...

@HKA

Ilhamnya daripada Tuhan. :)

Jamal Ali berkata...

@Shahrizad Shafian

Terima kasih atas ucapannya Puan. Tidak akan wujud hasil ini tanpa sokongan sesiapa. ^_^