Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih
Tenang itu pada diri yang mengerti. Kredit. |
Bila saya kembali sedar, saya akan membuka mata – mencari kekuatan dan ketenangan yang hilang sewaktu pejaman mata, semula. Akan demikian, itu juga adalah sementara, kerana saya akan kembali terawang-awang dalam celah dua dunia.
Oleh demikian, saya melihat semula.
Dalam mencari tenang dan kekhusyukan, saya tidak boleh hanya bergantung kepada pejam dan celiknya mata. Saya perlu pergi lebih dalam lagi daripada itu – hanya mata.
Ia perlu mendakap kisah di mana fikiran itu asalnya datang untuk bertamu.
Saya perlu menenteramkan hati saya dahulu, saya perlu pastikan ia tidak lepas untuk mengingat daripada tujuannya sebelum pejam dan celik. Barulah, selepas itu, saya boleh dan akan menjadi diam dan tenang.
Tidak kira saya pejam, atau saya celik.
2 ulasan:
Terbiasa mencari tenang dalam pejam. Ada benarnya. Kerana hati mata terpejam.
@Serunai
Namun, kerana lupa, kerana ingat, kita kembali membuka mata.
Catat Ulasan