antologi.dunia: Aset

Selasa, 9 Julai 2013

Aset



Buku-buku itu aset saya. Kenangan dan memori (orang-orang yang dekat) adalah aset saya. Nasihat-nasihat adalah aset saya. Harapan sama ada diluah atau didiamkan, secara pandangan atau dibaca pada wajah-wajah, tersurat mahu tersirat, ianya menjadi impian dan janji; itulah jua aset saya. Barang kenderaan berkaki atau yang dikenderai dengan setia - adalah aset saya.

Aset-aset saya banyak. Dikurniakan Tuhan untuk kemudahan dan alat untuk mencapai sejahtera. Bahkan dengan aset-aset yang itu, untuk mencapai 'erti hidup pada memberi' saya tidak dihadangi dengan kesulitan.

Oleh itu, kenapa saya perlu berdolak-dalih? Hanya duduk diam tanpa berusaha. Beralasan seratus serba satu.

Sedang juga, ingatan dan kehadiran ar-Razzak yang lebih dekat daripada urat leher adalah aset (kekuatan) saya bahawa saya perlu bergerak ke depan bukan seorang diri - mementingkan diri semata.

1 ulasan:

Unknown berkata...

terkadang kerna aset ini seringkali membuat diri ini jatuh..namun kerana aet ini juga diri ini tetap teguh terus bangun dan melangkah