antologi.dunia: Ukhuwah

Isnin, 17 Disember 2012

Ukhuwah


Untuk mengerat ikatan tali yang disimpul, saya perlu sentiasa memegang dengan cermat dan tenteram tali itu. Saya perlu tandakannya dengan suatu ingatan, kerana dengan ingatanlah yang membuat saya untuk terus ke hadapan.

Mungkin apa 'ingatan' itu adalah suatu yang kurang perlunya pada kita saat itu, namun kita mengingatnya sebagai tanda mesra kepada ikatan tali yang telah tersimpul. Kita berkorban sedikit untuk sejahtera yang berlanjutan sampai masa kita bertemu Tuhan.

Dan, mungkin, apa 'ingatan' dan 'pengorbanan' itu akan gunanya di masa depan, saat kita memerlukan.

Untuk ini, kitalah yang memulakan dahulu. Kerana, pastinya, saya percaya dan yakin, Allah akan memberi ganjaran, yang lebih. Saya percaya pada Allah, kekasih saya yang mengirim dan menyemat ini pada hati saya.

4 ulasan:

tehr berkata...

mencari ukhwah yang diredai Allah
moga2 kita mendapat petunjuknya

Jamal Ali berkata...

@tehr

InsyaAllah, sebegitulah cikgu. :)

MF berkata...

ingatan pada pengorbanan...indah

tp lemahnya kita manusia, seringkali hanya mengharapkan orang untuk berkorban buat kita..terkadang bukan shj kita xmmbalas pengorbann org, tp utk mengingatinya pn kita rsa susah..huhu

jzkk akh..peringatan yg berguna buat ana yg sering alpa

Ps:wah, nta tetap istiqamah berblog ye akh...keep it up! ^_^

Jamal Ali berkata...

@HKA

Bila kita membuka jalan - menebas semak dan samun - kemudiannya pasti ada orang lain yang menyusul.

p/s: Hehe, tak selalu juga akh. Kalau terasa rajin, maka berbloglah ana.