Sabtu, 6 Oktober 2012
Tunggu-menunggu
Sewaktu membacanya mula-mula, ianya seperti memberi semangat kepada saya. Bila sudah lama membaca, dan hampir kepada penghabisan - saya mula merasa lain. Saya terhenti lama kerana perasaan terumbang-ambing. Cukup lama. Namun, saya paksakan diri saya untuk menghabisi walaupun tersekat-sekat - terhenti membaca - cukup kerap.
Hingga ke hujung kisah, Faisal Tehrani dengan larikan tangannya dalam TTD membuat saya cukup cemburu.
Terasa nak lari jauh. Bersembunyi dan diam daripada manusia-manusia.
[Pembacaan][Tamat]
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
4 ulasan:
antara penulis muda yang hebat..
insyallah kamu akan lebih hebat lagi.teruslah mengorak langkah.
menanti penulisan seterusnya ^_^
@Titisan Hujan
Amin.
Terima kasih atas doanya. InsyaAllah saya akan terus melangkah dengan jitu ke hadapan. :)
p/s: InsyaAllah, sekarang ini sedang diusahakan beberapa karya. Semoga pada hujung tahun ini ia akan sempurna. :)
Semasa saya membeli dan membaca novel ini sekitar tahun 2009 saya tidak kenalpun siapa Faisal Tehrani. Tetapi kini nama itu sudah menjadi kegemaran saya pula untuk memburu koleksi karya-karyanya.
@Tetamu Istimewa
Pertama kali saya mengenal Faisal Tehrani adalah ketika membaca cerpen 'Kerana Manisnya Epal' di bangku sekolah menengah. Antara banyak-banyak cerpen ketika itu, cerpen inilah yang paling menarik hati saya.
Sejak dari situlah, Faisal Tehrani menjadi salah seorang penulis pujangga saya.
Catat Ulasan