antologi.dunia: 30 Hari

Isnin, 27 Ogos 2012

30 Hari


Hari berhari.
Masa bermasa.
Detik berdetik.
Yang diambil untuk dicicip adalah satu persejuta.
Dibina - apa yang ada - tak nampak binanya.
Satu persejuta takkan jadi kota raya pada sejuta itu - oleh satu itu.
Hari yang lepas - masa yang terlepas.
Kita jadi apa sebesar kuman.
Kota raya dunia nyata pun mengetawa.
 Pada kita.


4 ulasan:

#thelagidanlagi berkata...

30 hari mencari apakah ??

Jamal Ali berkata...

30 hari mencari tak ada apa-apa.

30 hari adalah deklarasi diri yang selalu banyak buang masa dalam 30 hari.

tehr berkata...

ada ketikanya masa berlalu begitu sahaja
memang terasa rugi, hanya kerana kealpaan diri sendiri

Jamal Ali berkata...

@tehr

Saban masa saya membazir masa untuk sesuatu yang tak berguna.