antologi.dunia: Hati Di Tengah Kota

Jumaat, 8 Jun 2012

Hati Di Tengah Kota


Tengah hari di kota metropolitan - juga di tengah kota - saya hadiri buat seketika.

Mengadakan diri dalam kalangan manusia berstatus 'elit' dan 'kemewahan duniawi' tidak menjadi gamitan.

Saya manusia tak ber-ada. Saya manusia yang tak terpandang dek manusia. Namun, saya tahu saya manusia yang sentiasa menjadi pandang Tuhan. Allah itu Maha Melihat. Sungguh.

Saya tak berseorangan. Ada seorang insan yang tak dipeduli oleh manusia-manusia kota - seperti saya. Dia tak terpandang langsung oleh manusia yang kejar mereka hanya berkisar tentang dunia.

Dia seorang insan yang menjadi lihatan Tuhan selebih-lebihnya. Dia dipandang Tuhan, dan Tuhan turut mengongsikannya dengan saya.

Hadir dia membawa diri saya jauh dari tengah kota. Terbang jauh daripada segala kesesakan yang menghelakan nafas. Datang dia di depan mata, membuat saya mahu bersamanya. Itu lebih baik daripada hidup mengejar bisnes berjuta yang memandang kepada makan kenyang diri sendiri sahaja, langsung tak dipedulikan kisah orang di sebelah.

Wanita berbaju lusuh dan berselipar itu mengingatkan saya pada tampang rinduan.

Hidup kota sebegitu banyak yang tak ambil peduli. Lapar sakit jauh daripada dikisah.

Tuhan beri saya pandangan yang menjangkau fikiran. Banyak manusia yang hanya diberi untuk melihat di luar. Sedikit yang diberi peluang untuk melihat di dalam. Dan selebihnya, cukup sedikit yang dikurniakan untuk menjengah selangkah daripada itu - menjengah lebih dalam.

Daripada luaran menimbulkan suka. Dalamnya pula muncul rasa menidak. Fasa seterusnya, ini yang lebih besar - kita mengutip pengajaran dan makna yang tersembunyi.

Meski dia - wanita itu - tiada apa-apa pada pandangan manusia yang lainnya. Sungguhpun dia mungkin tiada apa-apa. Tapi pada Tuhan, dia pasti ada sesuatu yang jauh bezanya. Dan Tuhan itu mengongsikan sedikit kepada saya agar saya mengerti, untuk mengongsikannya dengan yang lain.

Sehingga ke hari ini saya masih terkenangkan sayupan matanya yang memandang langit kota. Itu yang membekas kepada saya. Mengertikan manusia lain menurunkan semula pada diri kita. Mengingatkan manusia dengan rasa simpati dan ber-Tuhan pastinya ada ganjaran yang diadakan kembali daripada Allah.

-Diari Intern 2: Mengutip hati-
Allah itu tidak pernah lupa

5 ulasan:

Pika pongpong berkata...

Betul,

Memang berbeza..antara hidup di kota sebagai pelancong dan hidup di kota sebagai sebahagian dr mereka..

sebagai pelancong, semuanya cantik, tersusun teratur,

sekarang bila sudah hidup dlm kalangan mereka baru jelas nampak semuanya.. tak semua indah, tak semua cantik..bnyk hanya lakonan semata..

masing2 kelam kabut memikirkan kenyang sendiri..pagi keluar, malam balik..

tp itulah realiti.. pandai2 kita lah utk terus kekal dan kuat sambil tak lupa tujuan hidup sebenar dan tujuan dtg kemari..

all the best!

tehr berkata...

kita hanya pengembara di bumi ini
Di kota atau di desa sama sahaja

Jamal Ali berkata...

@Pika pongpong

Sebegitulah.

Kalau kita tak rasa kita takkan tahu apa rasanya - manis, pahit, payau?

Jamal Ali berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Jamal Ali berkata...

@tehr

Sebegitulah tuan kiranya kita semua ini.

Hanya duduk menumpang.