Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih
Inilah adat dunia, adat manusia.
Kerana datang yang baru, yang lama akan dibuang. Yang baru itu pula akan dijulang tinggi-tinggi. Yang lama jadi hilang daripada ingatan.
Kadang-kala saya juga tidak terkecuali. Bila saya dalam lupa, bila saya hanya fikir gembira.
Oleh itu, saya cuba tembus kembali.
Saya cuba bersungguh-sungguh untuk tidak menjadi dan berlaku sebegitu lagi. Suatu yang lama, jika ia baik, jika ia penuh dengan erti, saya akan tetap cuba untuk terus mengguna. Sehingga ia benar-benar tidak lagi mampu memberi. Barulah saya akan menukar.
Malah, jika ia telah menabur banyak jasa, saya akan cuba untuk simpan sehingga ke mati – sebagai mengenang budi – walau benda itu tidak bernyawa. Sungguh, yang lama dan yang baru itu mengajar saya erti nan dua – menghargai dan mengingat. Jika saya fikir betul-betul, apakah dengan tidak melakukan sesuatu perkara itu kita akan merasai makna yang ada di sebaliknya?
Sebegitulah yang ada pada kisah lama dan baru.
Sungguh juga, ini juga, menyedarkan saya bahawa manusia itu sama seperti barang lama dan baru. Bila kita baru kita akan dikenang, kita akan dipuji. Bila kita sudah lama – yang perlu juga diganti baru seperti barang-barang – kita akan menjadi sebuah memori yang seimbas lalu.
Kita akan dibuang dan dilupa apabila datang yang baru.
Itu sewaktu saya ada. Bagaimana pula sekiranya saya sudah tiada.
Hilang begitu sahaja. Seperti tidak pernah wujud dalam kamus dunia. Namun, ingatan itu tetap ada pada Tuhan.
Perkara lama apakah mampu ditangkap dan dibekukan masanya? Kredit. |
4 ulasan:
salam.....antologi? appa mknanya yer...huhu....singgah di sini 1st time kot=)....: Entry Terbaru : Variasi Ummat Manusia
@SuFi Haraki
Antologi itu maksudnya koleksi, kumpulan, himpunan atau rampaian.
yang lama dibuang jangan... disimpan elok2 pada tempat yang molek2... manalah tahu satu hari nanti mahu digunakan... masih elok... masih molek dipakai... biar pun lama...
@Sam Banjamin
Yang lama jangan dilupa, insyaAllah yang baru akan jadi lebih nikmat untuk dirasa.
Catat Ulasan