Koleksi puisi-puisi menjelang remaja. Kredit |
"Sungguh
halus dan berseni. Minda terasa dibelai-belai oleh perkataan yang
sebenarnya tidaklah 'bombastik' pun, tetapi tenunan perkataan-perkataan
Pak Samad merupakan seni bahasa yang mengasyikkan. Juliana Es, Goodreads
Kumpulan puisi kanak-kanak menjelang remaja karya SN A. Samad Said
ini menghimpunkan 101 buah puisi. Sesuai untuk bacaan kanak-kanak dan
remaja yang ingin berjinak-jinak dengan puisi. Ia digarap dengan bahasa
yang mudah, diksi yang tepat dan akan cepat dihadam oleh khalayaknya.
Menurut beliau, "Dalam dunia kesusasteraan Melayu, saya rasa, puisi
kanak-kanak yang mudah, tapi indah, inilah yang terlalu kurang. Tidak
saja oleh kerinduan yang saya katakan itu, tapi rasa tangungjawab juga
merangsang saya untuk dengan payahnya menyudahkan antologi puisi ini.
Saya percaya kanak-kanak memang perlu didedahkan kepada puisi-puisi yang
mudah, tapi indah."
"Makanya, di sini saya sempat menyudahkan - dan memilih hanya yang
mudah, baik dan indah - 101 buah puisi yang saya senangi, malah sayangi.
Hanya sebuah - "Merindu Buku" - yang pernah tersiar, sementara yang
lain baru kali pertama diperkenalkan dalam antologi ini. Kerana susunan
temanya yang terpilih, bertingkat dan bersukat, maka saya kira antologi
puisi ini sesuai untuk pembacaan kanak-kanak menjelang remaja. Petikan kata-kata SN Datuk A. Samad Said di, Ujanailmu
***
Ini buku yang menarik-narik hati saya. Buku ini masih belum disentuh tangan lagi - belum ada. Saya menyimpan hasrat untuk menjadikannya sebahagian daripada diri. Akan saya jadikan koleksi puisi-puisi menjelang remaja ini sebagai buku wajib beli bila saya berkunjung ke pesta buku terbesar di Malaysia kelak pada hujung bulan kelak, insyaAllah.
Bila pandang nostalgia, saya pasti koleksi puisi ini akan menenggelamkan saya lagi dalam keasyikan kenangan yang damai. Saya akan menanti di sini dengan senyum di hati.
5 ulasan:
Semoga aku juga akan berkesempatan mendapatkan buku ini
Insya-Allah
@tehr
nsyaAllah tuan.
Moga dengan buku ini kenangan lama bakal bertandang. :)
Karya seorang seniman negara...pasti ramai yang teruja....
@Yas y
Sememangnya. Karya klasik ini pasti mengundang impian pada mereka yang rindu. :)
Salam perkenalan kepada saudara.
Saya juga teringin untuk memiliki buku ini. Insyaallah PBAKL nanti saya akan mencarinya.
Catat Ulasan