Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih
Rintik-rintik Hanya Singgah - ini hanya desain awal bagi kaver. Kredit - Pelima Media. |
Segala puja dan puji kepada Azza wa Jalla. Sesungguhnya tanpa izin-Nya novel ini tidak akan wujud dalam dunia nyata. Kepada keluarga dan teman-teman seperjuangan yang sentiasa menyokong di belakang - sama ada diketahui oleh saya atau tidak - hanya Tuhan sahaja yang mampu membalas jasa dan budi kalian. Jika tidak kerana kalian juga, saya pasti tidak akan berdiri di sini pada hari ini.
Setelah berhempas-pulas mengejar cita-cita, akhirnya Allah memberi berita gembira. Setelah menatang anak sulung ini selama empat bulan, siang malam diperhati dan dibelai dengan hati dan jiwa, dibawa ke sana dan ke mari, akhirnya ia bakal juga lahir ke dunia. Alhamdulillah.
Pasti setiap orang tertanya-tanya, novel ini adalah kisah apa? Cerita apa yang dinukilkan dalamnya? Kisah cinta? Kisah kehidupan? Kisah sebagainya?
Ya, dalamnya kisah cinta, dalamnya juga kisah kehidupan, dan dalamnya juga adalah kisah sebagainya.
Rintik-rintik Hanya Singgah adalah kisah manusia, dalam mencari kisah bertuhan dalam kehidupan. Dalamnya ada kisah cinta - cinta kepada keluarga, cinta kepada saudara, cinta ketika hujan turun renyai-renyai. Kisahnya mengenai kegagalan, dan apa yang ada pada kegagalan. Ia kisah mengenai dunia yang ditumpang manusia, dan pilihan yang dipilih oleh manusia yang hidup melata di atasnya.
Rintik-rintik Hanya Singgah banyak mengajar saya sebenarnya. Dalam menulisnya, saya meletak hati - mengikut pesan seorang guru yang tak pernah ditemui bertentang mata - yang banyak mengajar saya dengan ayat-ayat yang singkat tapi hidup dalam hati saya.
Saya hidup dalam Rintik-rintik Hanya Singgah, dan moga Rintik-rintik Hanya Singgah sentiasa hidup dalam hati saya ini.
Dalam tempoh empat bulan pembikinan kisah ini, ramai manusia - sahabat-sahabat dan teman - bertemu dan bersuka, merantau mencari pengalaman menerusi langkah dan capaian tangan. Tapi, saya tidak berkedapatan. Lalu, pada Rintik-rintik Hanya Singgah saya bercerita dan berdamping, siang dan malam.
Saya luah pada Rintik-rintik Hanya Singgah rasa saya ketika melihat langit jauh, ketika mengimbau teman dan saudara. Saya luah padanya ketika saya berharapan - doa saya, ingatan saya.
Rintik-rintik Hanya Singgah mungkin tidak seberapa dengan novel-novel lain yang sudah berada di pasaran - yang lebih hebat daripada ini. Namun, saya berpuas hati. Kerana ia pilihan saya, antara lupa dan ingat. Dalamnya saya menyebar pesan dan janji, untuk masa mendatang.
Ada seorang guru juga yang mengatakan, antara dua pihak pembaca - penilai yang memberi anugerah dengan pembaca yang mencari hikmah - dia akan memilih pihak kedua, dan saya juga mahu begitu. Karya yang baik adalah karya yang bermanfaat, dan semoga karya saya ini memberi manfaat kepada pembaca.
Saya hanya manusia biasa, yang cuba merasa indahnya rintik-rintik yang turun daripada langit.
Kepada Tuhan saya berharap segala-galanya.
InsyaAllah, jika diizinkan-Nya, novel ini bakal menjengah kita dalam tempoh sebulan dua lagi.
Hidup ini tidak hanya kisah kita,
akan ada kisah dia dan mereka.
Antologi kisah kita mungkin tidak sama,
tetapi sudah pasti tidak banyak berbeza.
Begitulah hidup...
akan ada kisah dia dan mereka.
Antologi kisah kita mungkin tidak sama,
tetapi sudah pasti tidak banyak berbeza.
Begitulah hidup...
17 ulasan:
Menunggu naskhah ini. Saya doakan ia berjaya.
Amin, amin...
Assalamualaikum Jamal..
Anty Akan tunggu kehadiran rintik-rintik ini di pasaran..
Terima kasih.
Alhamdulillah..
Alhamdulillah
@Ashrafi:
InsyaAllah tuan, saya akan ingat janji saya.
@Deru Ombak
Terima kasih atas sokongan.
@zarinarinn
Segala pujian kepada Allah - Dia yang lebih berhak.
Tahniah
Semoga terus memberi dan menghasilkan karya
Assalamualaikum, Tuan Jamal Ali. Tahniah! Terbitan Pelima Media? Saya akan intai-intai juga, insya-Allah.
@tehr
Terima kasih, insyaAllah. Akan saya semat dalam hati.
@Web Sutera
Waalaikummusalam ya tuan Web Sutera. Terima kasih atas ucapannya.
Saya juga menunggu karya tuan. Semoga dipermudahkan.
tahniah...akhirnya... :-) sudah tentu akan menjadi satu lagi koleksi UJ nanti...insyaAllah...
@ UJ
Terima kasih UJ.
Kalau tak silap, ini Uncle Joe kah?
Kalau ya, saya ada janji dengan UJ bukan? =)
:-) ahaaaa.. masih ingat rupanya... selalu selak di sini... akhirnya penantian UJ berakhir juga...
janji?.. rasanya ada...=))
@UJ
Masih saya ingat, insyaAllah saya tidak lupa, apatah lagi janji sudah ada. =)
Selalu juga saya tertanya, apa khabar dan cerita UJ hingga ke hari ini. Tak sangka UJ selalu singgah ke mari. Banyak sudah berubah, UJ juga sudah perasan bukan?
InsyaAllah, bila hasil sulung saya keluar kelak hadiah istimewa untuk UJ nanti. Janji lama sebagai hadiah. Beserta tanda ingatan sini.
Semoga UJ dan keluarga sihat selalu, moga diberkati Tuhan sentiasa. =)
insyaAllah.. ana doakan yg terbaik!
@HKA
Terima kasih!
Enta juga sama - ana doakan. =)
Catat Ulasan