antologi.dunia: Cinta dan Sayang Makin Pergi

Khamis, 29 Mac 2012

Cinta dan Sayang Makin Pergi


Cinta sejati pasti ada. Kredit.

Mungkin benar manusia itu makin hari makin surut kasih sayangnya. Makin hari makin hilang rasa cinta. Yang lebih diutama adalah kepentingan diri. Nilai untuk berkongsi kasih itu mula pudar, mula terbang.

Namun, apakah dengan maksud itu sudah tiada lagi manusia yang berkasih sayang? Yang benar-benar berkasih sayang? Yang bukan sahaja di luaran tetapi juga dalamnya?

Ingatlah.

Selagi bulan masih tergantung di langit malam, selagi pada pagi hari masih lagi mentari terbit di ufuk timur, selagi itu masih ada insan-insan yang menabur cinta sejati.

Cinta pada Tuhan.
Cinta pada Junjungan.
Cinta pada keluarga dan saudara.
Cinta pada rakan dan taulan.

Kita pilih cinta dan sayang, dan jangan kita mula-mula yang membuang kasihnya.

Mungkin benar manusia itu makin hari makin surut kasih sayangnya. Walaupun begitu, janganlah kita yang menjadi manusia sebegitu. Walau yang tinggal nanti hanya kita seorang yang berkasih sayang, biarlah.

Kita tabur cinta kita, dan itu - Tuhan itu pasti akan melihat segala-galanya.

6 ulasan:

faizul berkata...

Salam, saya suka dengan layout saudara yang kemas ni.

Tapi kenapa tak guna commentluv? senang untuk kita tulis komen.

Jamal Ali berkata...

Terima kasih atas ziarahnya.

Terima kasih juga atas nasihatnya. Commentluv - saya tak pernah tahu sebelum ini. Hari ini saya peroleh ilmu baru. Terima kasih.

InsyaAllah, saya akan cuba memasangnya. :)

Rintihan HambaMu berkata...

Alhamdulillah..
suka bce entry nie..
teringt plak lagu di zman sek mngah dulu..
Cinta kepada Allah,
Cinta Rasul,
Cinta Ibubapa,
Cinta kepada ummah,
Cinta kepada kecemerlangan,
mari..kita semua..cinta 5 perkara..
Cintailah..^_^

tehr berkata...

pilih tempat sesuai untuk letakkan kasih dan sayang
kebahagiaan akan turut bersama nanti

Jamal Ali berkata...

@Srikandi permata

Moga cinta kita kepada yang tersayang baik-baik dan sejahtera. :)

Jamal Ali berkata...

@tehr

Betul kata tuan.
Salah tempat merana badan.