Pantun Mentari Pagi
Mulakan harimu dengan kebaruan duhai pemuda...
Burung-burung mula kicau bertebar,
Semakin hari semakin bertambah umur,
Ingat tanggungjawab yang kian besar.
Mentari pagi di balik awan,
Menyinar redup pagi yang tenang,
Tuntutlah ilmu dan carilah pengalaman,
Untuk kemudahan hari mendatang.
Mentari pagi tersenyum kegembiraan,
Memancar cahaya menerangi dunia,
Istiqamah dan berdisiplinlah dalam kehidupan,
Kerana insan yang itu bakal berjaya.
Mentari pagi membentang indah cahaya,
Tapi sinarnya pasti akan sirna,
Tak salah mencari dunia,
Tapi biarlah berpada-pada.
Teringat Suara Siswa bermoderatorkan Dr Fazley Yaakob yang ditayangkan secara live dari Dewan Canselor UTP malam selasa lepas, "Apakah Siswa Hari Ini Sudah Matang!", sesuai...
Mengajak pembaca bermuhasabah, diri yang makin berusia perlu semakin matang terutamanya buat pemuda dan pemudi termasuklah saya ini. Dari sudut umum yang diperkatakan banyak orang, matang seseorang itu adalah melalui definisi individu itu sendiri berdasarkan kemampuan diri. Tapi apakah itu cara betul untuk mendefinisikan maksud matang? Sama-samalah kita berfikir...
7 ulasan:
Duhai sahabat,
luahlah tanpa ragu; luahkan sahaja tanpa jemu
semoga hari2 yg mendatang akan lebih baik buat kita semua.insyaAllah.
Kepada Ampuan Awang:
Terima kasih atas sokongan...
Kepada anayilz:
InsyaAllah ya ukhti...
Moga esok hari lebih baik daripada hari ini...
Nampaknya percubaan pertama pantun ini sedikit canggung...
Hu3...
InshaAllah... Semuanya hanya dengan izinNya
Nice one akh! ^_^
Kepada SOA:
Benar...
Catat Ulasan